Lori bawa minuman keras seludup dari Sibu diekori ke Serian 0 6158

Lori bawa minuman keras seludup dari Sibu diekori ke Serian

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas 2,300 kotak minuman keras bernilai RM516,000 dalam satu operasi ‘Op Libas’ di Serian sekitar pukul 1.30 pagi, hari ini.

Komander Briged PGA Sarawak Datuk Khaw Kok Chin berkata serbuan dilakukan hasil intipan dan risikan anggotanya yang berjaya mengekori dua lori dari Jalan Lanang, Sibu.

“Intipan atau perkongsian maklumat dari unit risikan dilakukan dengan rapi bersama pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula dari Sibu sehinggalah tangkapan dilakukan di Serian apabila lori tersebut berhenti di tepi jalan.

“Dalam operasi ini, pasukan serbuan memeriksa dua lori tersebut yang dijadikan sebagai kargo hantaran

Hasil pemeriksaan menemui minuman keras sebanyak 2,300 kotak yang dipercayai mengelak membayar cukai kastam,” katanya pada satu sidang media di sini.

Menurutnya, empat lelaki tempatan terdiri daripada dua pemandu dan dua kelindan berusia 22 hingga 33 tahun turut ditahan dalam serbuan tersebut.

Rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12365

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news