Lukaku beri amaran awal, bantu Belgium tewaskan Tunisia 5-2 0 5508

GAYA Romelu Lukaku meraikan gol jaringannya ketika menentang Tunisia – Foto AFP

MOSCOW: Piala Dunia kali ini sudah mula dapat melihat aksi terbaik dari Belgium dengan penyerangnya Romelu Lukaku memberi amaran awal mereka antara pasukan perlu diberi perhatian selepas meledakkan dua gol dalam aksi Kumpulan G yang menyaksikan kemenangan 5-2 ke atas Tunisia seterusnya menempah tiket ke pusingan kalah mati ketika perlawanan peringkat kumpulan berbaki satu perlawanan.

Pertemuan Khamis ini menentang England di Kaliningrad akan mengesahkan kedudukan mereka selain menghidupkan peluang pasukan itu mara lebih jauh di Russia berbanding hanya mampu melangkah ke separuh akhir sebelum ini.

“Kami mampu melakukan lebih baik,” kata penyerang Manchester United yang meledakkan empat gol dalam dua perlawanan memintas rekod pemain Belgium di Piala Dunia seterusnya menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo dari Portugal ketika ini.

  “Adalah penting untuk kami melakukan lebih baik dari perlawanan sebelum ini. Itu yang kami lakukan.

  “Bertemu England, kami perlu melakukan yang terbaik,” katanya.

  Di peringkat antarabangsa pemain Belgium itu kini sudah menjaringkan 40 gol dan pada usia 25 tahun, Lukaku kini membawa harapan menyempurnakan sentuhan terakhir untuk mencetak gol seperti mana dilakukan Eden Hazard dan Kevin De Bruyne sebelum ini.

  “Hari ini semua penyerang mampu untuk melakukan sesuatu dan pertahanan juga. Sebagai satu pasukan kami sentiasa untuk terus mempertingkatkan prestasi,” katanya yang berpotensi untuk melakarkan rekod di Piala Dunia.

  Sejam selepas memerlukan rawatan di bahagian tumitnya ketika perlawanan, Lukaku berkata kecederaan itu tidaklah begitu serius.

  “Saya sebenarnya boleh meninggalkan padang dengan segera namun saya mahu meneruskannya. Kita tunggu saja apa yang akan dikatakan oleh fisiologi esok.

  “Buat jurulatih Roberto Martinez, dua gol dari Hazard dan satu dari Michy Batshuayi bermakna tiada apa yang perlu dibimbangkan jika ketiadaan Lukaku.

  Di bawah kendalian jurulatih Sepanyol itu, ‘generasi emas’ Belgium dua kali dikecewakan di suku akhir ketika Piala Dunia lalu dan Euro 2016.

  “Tidak mudah untuk menjaringkan gol seperti mana yang kami lakukan dalam dua perlawanan,” katanya merujuk kembali kejayaan menewaskan Panama 3-0 dan Belgium belum pernah menjaringkan lima gol di Piala Dunia sebelum ini.

  “Ia sesuatu yang bagus dapat melihat pemain bersatu dan mahu berjuang untuk satu sama lain dan anda kemudiannya mempunyai barisan pemain berbakat dan berkualiti,” kata Martinez. – Reuters

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13551

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news