MA63: Rakyat Sarawak perlu bersatu untuk dapatkan hak 0 5515

SIBU: Pada pengundi perlu terus memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) di 31 kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kemenangan besar penting bagi membolehkan Sarawak mendapatkan kembali hak dan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 daripada Kerajaan Persekutuan.

BN Negeri menyasarkan untuk memenangi 28 kerusi pada PRU akan datang. Pada PRU lalu, BN hanya memenangi 25 kerusi dengan semua kerusi majoriti Cina di bandar dimenangi pembangkang.

“Kita mesti bersatu. Kalau kita bersatu orang akan dengar suara kita,”katanya.

Beliau berkata demikian pada seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Peringkat Negeri Sarawak 2018 (Bahagian Sibu, Mukah & Kapit) di sini semalam.

Foto : Page Md Ariff Azahari

Sejak menjadi Ketua Menteri pada Januari tahun lalu, Abang Johari terus memperjuangkan hak Sarawak termasuk dari segi minyak dan gas.

Malah, beliau menghantar satu rombongan ke London untuk mengkaji dokumen berkaitan.

Menurut Abang Johari, pada PRU-14 ini BN menampilkan ramai muka baharu sebagai salah satu daripada usahanya untuk mendapatkan kembali hak-hak Sarawak.

Daripada 31 calon BN yang akan menentang pembangkang pada 9 Mei nanti, BN menampilkan 15 muka baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib menurut beliau ialah seorang pemimpin yang dapat dibawa berbincang mengenai hak dan kuasa Sarawak.

Namun, kata Abang Johari, rakyat Sarawak perlu bersatu di bawah BN pada PRU-14 bagi merealisasikan usaha mendapatkan kembali hak tersebut. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14320

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8228

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news