Majikan halang pekerja ngundi, boleh didenda atau penjara 0 5576

KUALA LUMPUR: Majikan yang tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi ketika pilihan raya berlangsung pada hari bekerja jika sabit kesalahan dapat dikenakan hukuman denda atau penjara.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 25 (3) menyatakan: “Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi, boleh apabila disabitkan didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun.”

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Muzaffar Syah dalam tulisan beliau disiarkan Astro Awani pada Selasa menyatakan tanggungjawab majikan membenarkan pekerja keluar mengundi adalah tanggungjawab moral.

Pada masa yang sama menurut Muzaffar, ia turut menjadi obligasi undang-undang yang perlu dipatuhi oleh majikan.

Menurut Muzaffar, termaktub di bawah Seksyen 25 (1) akta yang sama memperuntukkan — dalam membolehkan pekerja menunaikan hak mereka sebagai pengundi, majikan diminta memperuntuk tempoh yang munasabah kepada mereka untuk mengundi.

“Tidak ada definisi yang jelas terhadap perkataan ‘tempoh yang munasabah’, namun ia dapat difahami sebagai satu tempoh yang munasabah untuk mana-mana pekerja menghentikan tugas di tempat kerja buat tempoh waktu tertentu serta keluar menunaikan kewajiban mereka untuk mengundi,” tulis Muzaffar.

Muzaffar turut mengingatkan majikan tidak boleh membuat sebarang potongan daripada gaji atau saraan pemilih, mengenakan atau menuntut daripadanya penalti kerana tidak hadir bekerja dalam tempoh yang diberikan keluar mengundi.

Muzaffar mengulas berkaitan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jatuh pada 9 Mei iaitu Rabu pada hari bekerja.–Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news