Polis tawan 10 perompak sarang burung walit di Sibu, hasil cecah RM1 juta 0 5832

SIBU: Sarang burung walit. Itu sasaran 10 pencuri ‘bercita rasa tinggi’ di bandar ini, dan ia amat berbaloi kerana hasil rompakan itu berjaya mencecah angka RM1 juta.

Namun kelicikan sindiket yang memulakan operasinya sejak enam bulan lalu itu berjaya dihidu oleh pasukan petugas khas polis.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar memberitahu, pihaknya telah melancarkan Op Burung semalam bagi memberkas kesemua suspek dan percaya telah berjaya melumpuhkan sindiket terbabit.

Sindiket ini menurutnya, dianggotai suspek berusia antara 21 hingga 52 tahun dan menjadikan rumah sarang burung walit sebagai sasaran.

“Berbekalkan maklumat risikan, kita telah melakukan lima serbuan berasingan di antara jam 2.30 pagi hingga 9 pagi ini, dan berjaya menahan kesemua suspek.

Serbuan pertama katanya, dilakukan di sebuah pusat karaoke di Lorong Ek Dee, manakala serbuan kedua di tingkat dua sebuah rumah kedai di Lorong Chengal 5 di sini.

“Serbuan ketiga menyasarkan tingkat satu sebuah rumah kedai di Jalan Jerrwit Barat, manakala serbuan keempat di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Rambutan.

“Serbuan terakhir dilakukan di sebuah rumah satu tingkat di Jalan Kapor, di sini.

Kata Dev, kumpulan sindiket ini agak berbahaya kerana bersenjatakan senapang patah dan parang.

“Antara kawasan yang  menjadi sasaran mereka termasuklah rumah-rumah burung walit di Sibu, Mukah, Tatau, Matu, Daro, Sarikei, Saratok dan Betong.

“Dalam melaksanakan kerja terkutuk itu, mereka malah bertindak mencederakan dan mengikat pekerja-pekerja di rumah burung terbabit sebelum melarikan sarang burung.

Kata Dev, siasatan awal pihaknya mendapati, kesemua sarang burung yang disamun kumpulan itu dijual kepada seorang pembeli sarang burung pada harga RM2,000 sekilogram sebelum ia diproses dan dieksport ke China.

Siasatan lanjut menurutnya, turut mendapati penglibatan kumpulan ini dalam jenayah samun sebuah lori kren dan pam ‘excavator’.

Sembilan daripada suspek merupakan penganggur manakala pembelinya  merupakan lelaki rakyat tempatan. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13446

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8138

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news