Malaysia Airlines mula guna khidmat juruterbang wanita 0 5870

KUALA LUMPUR:Pearl Wendy Mak, Wang Wen Chien dan Nur Waie Hidayah Mohamad Rasidin memecah tradisi dengan menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Malaysia Airlines.

Sebelum ini, kebanyakan wanita yang menceburkan diri dalam industri penerbangan hanya berkhidmat sebagai pembantu penerbangan atau staf penerbangan. Persatuan Juruterbang Wanita Antarabangsa menganggarkan bahawa pada 2017, daripada sejumlah 130,000 juruterbang di seluruh dunia, hanya 3,000 atau kira-kira 3 peratus daripada mereka adalah wanita.

Tiga wanita luar biasa itu tabah menempuh segala cabaran dan berjaya mengatasi tanggapan tradisi berkaitan gender untuk melakar kejayaan di angkasa raya.

Mak, 50, yang telah menerbangkan pesawat sejak 1993, mengaku mengendalikan pesawat bukan tugas mudah bagi wanita, tetapi katanya, pada era baharu ini, wanita berjaya menembusi sektor yang selama ini didominasi secara eksklusif oleh lelaki. Setelah berkhidmat dengan tujuh syarikat penerbangan asing selama 25 tahun, beliau akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke tanah air.

Pada mulanya, Mak hanya ingin menjadi jurutera pesawat dan kemudian mengubah cita-cita untuk menjadi jurutera penerbangan. Bagaimanapun, apabila mendapat tahu bahawa peranan jurutera penerbangan semakin ketinggalan zaman, beliau bertekad untuk menjadi juruterbang.

“Selagi anda tunaikan peranan anda, berkerja sebagai satu pasukan dan ketepikan tanggapan bahawa anda akan diberi layanan berbeza, anda tidak akan dilihat sebagai seorang lelaki atau wanita, tetapi semata-mata sebagai seorang juruterbang,” kata Mak kepada Bernama.

-Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13016

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12488

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news