Had umur perkahwinan ditetapkan 18 tahun 0 5716

JOHOR BAHRU: Kerajaan sudah menetapkan had umur perkahwinan bagi bukan Islam dan Islam, lelaki serta perempuan kepada 18 tahun di semua negeri.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri pada Selasa lalu.

Mesyuarat itu juga menetapkan kebenaran berkahwin bawah umur 18 tahun diberikan dengan bersebab dan mendapat kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, mengesahkan perkara itu dan mengatakan ketetapan sudah dibuat dalam mesyuarat itu dan kerajaan negeri akan membuat pindaan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003.

Katanya, pindaan akan dibuat terhadap enakmen berkenaan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka akan berlangsung pada bulan hadapan.

“Dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lepas, kita sudah tetapkan perkahwinan tidak kira Islam atau bukan Islam adalah pada umur 18 tahun.

“Bagaimanapun, boleh diberi kelonggaran yang mahu berkahwin bawah 18 tahun dan perlu bersebab dan perlu ada kelulusan (sokongan) Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Enakmen sedia ada kekal cuma akan diubah dengan ditambah kelonggaran dan diubah had umur minimum bagi perempuan yang ketika ini adalah 16 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perdana Belia Negara 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Mengikut Bahagian Dua Fasal 8, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003, tiada sesuatu perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan kurang daripada 16 tahun, kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenaran secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mencadangkan untuk menaikkan had usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun, bagi melindungi kesihatan, keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13014

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12486

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news