Malaysia ketinggalan tanpa kaum Cina, kata Dr M 0 5924

Malaysia akan ketinggalan tanpa pembangunan yang dibawa oleh masyarakat Cina tempatan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Orang Cina bukan sahaja menguasai China. Anda pergi ke mana-mana sahaja di dunia, anda akan melihat wajah orang Cina.

“Mereka banyak menyumbang kepada pembangunan di banyak negara dan menjadi warga di negara-negara ini,” katanya semasa menyampaikan ucaptama khas pada Forum Ekonomi China Sedunia hari ini.

Beliau berkata, Malaysia memiliki 30 peratus daripada penduduk asal China dan tidak dinafikan banyak pembangunan di negara ini dibawa oleh masyarakat berkenaan.

“Malaysia sepenuhnya menghargai sumbangan Cina kepada pembangunan Malaysia. Malah, kami merasakan bahawa tanpa mereka, banyak pembangunan Malaysia akan agak ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata warga China yang berhijrah ke negara lain akan melakukan perkara yang sama di negara-negara yang mereka tinggal.

“Entah bagaimana, mereka mempunyai bakat untuk mewujudkan kekayaan di mana sahaja mereka pergi. Mereka adalah orang yang berorientasikan perniagaan kerana mereka tahu bagaimana menangani perniagaan dan wang.

“Kita semua tahu bahawa orang berniaga yang pandai mencipta kekayaan negara sementara kerajaan mengumpulnya.

“Tanpa ahli-ahli perniagaan yang mencipta kekayaan, kerajaan tidak akan mempunyai kekayaan,” katanya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news