Masalah kekurangan minyak diwarisi daripada BN – Chong 0 6408

KUCHING: Masalah kekurangan petrol atau diesel yang dihadapi termasuk di Kapit antara pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelumnya iaitu Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen (gambar) berkata, buat masa ini terdapat hanya dua stesen minyak di Kapit iaitu, satu stesen adalah Petronas sementara satu lagi stesen minyak tidak berjenama.

“Sebelum ini, ramai yang memohon untuk membuka lebih banyak stesen petrol untuk kegunaan kepada rakyat sekitarnya.

“Namun permohonan tersebut telah ditolak dan dilengahkan oleh kerajaan sebelum ini dan akibat daripada itu penduduk di Kapit menghadapi masalah kekurangan petrol dan diesel selain menanggung harga yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tular di media sosial dimana ramai pengguna di Kapit mengalami masalah membeli minyak petrol dan diesel akibat selalu kehabisan stok minyak.

Buat masa ini di Kapit cuma ada dua stesen minyak dan ekoran daripada itu lalu lintas di Kapit menjadi sesak kerana individu dan kenderaan terpaksa beratur panjang mengunakan satu pam sahaja yang masih mempunyai bekalan atau stok.

Chong yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak menjelaskan bagi penyelesaian jangka pendek masalah berkenaan, kementerian menghubungi syarikat minyak untuk mengambil tindakan segera bagi meningkatkan bekalan petrol dan diesel, yang dijangka akan kembali seperti biasa pada esok.

“Langkah sedemikian hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan semasa dan tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata sementara penyelesaian jangka panjang masalah dihadapi itu, kementeriannya telah berhubung dengan beberapa syarikat minyak bagi memudahkan pembukaan beberapa stesen minyak mini atau stesen minyak kontena mudah alih (portable container system-PCS) di pinggir bandar Kapit untuk memenuhi keperluan rakyat kawasan berkaitan.

Katanya penyelesaian yang dicadangkan termasuk syarikat minyak yang memindahkan operator tempatan, rundingan mengenai subsidi pengangkutan bagi petrol dan diesel serta kekangan undang-undang yang ditetapkan kerajaan negeri mengenai penubuhan stesen petrol mini.

“Kami berada di peringat akhir merumuskan dasar baharu ini dan saya yakin sebelum sambutan Hari Gawai tahun ini, rakyat Kapit akan menyaksikan sekurang-kurangnya dua stesen pam minyak PCS tambahan atau stesen petrol mini di kawasan sekitarnya.

“Jaminan saya kepada rakyat Sarawak, pada tahap kementerian saya, kami kini sedang meneliti beberapa dasar untuk diperbaiki dalam sistem penyampaian, terutama penghantaran serta susbidi barangan selain subsidi kepada rakyat di luar bandar,” katanya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13148

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news