Joseph pilih Kuching FA, mahu fokus kepada keluarga 0 6273

KUCHING: Spekulasi pasukan mana menjadi pilihan bekas penyerang kebangsaan dan Sarawak, Joseph Kalang Tie akhirnya terungkai selepas beliau memilih Kuching FA sebagai pasukan barunya pada musim ini.

Ramai mungkin melihat ia satu pilihan yang mengejutkan bagi pemain berpofil tinggi itu namun Joseph, 31, ada alasannya sendiri mengapa beliau memilih kelab yang beraksi dalam Liga M3 2019.

“Memang saya ada menerima beberapa tawaran dari pasukan lain namun saya memilih Kuching FA kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga di sini. Bagi saya keluarga adalah lebih penting,” katanya ketika ditemui semasa majlis ringkas menandatangani kontrak di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman kerana memberinya kepercayaan untuk menyertai pasukan itu.

“Walaupun pasukan ini kecil tapi jiwanya besar. Saya suka dengan matlamat dan visi Kuching FA.

“Saya mahu jadi sebahagian daripada Kuching FA. Dengan pengalaman yang ada, saya akan cuba membantu untuk menaikkan nama pasukan ini,” katanya.

Beliau juga berharap peminat terus memberikan sokongan kepada beliau dan Kuching FA.

“Saya tidak akan dapat menjanjikan keajaiban namun akan cuba memberikan yang terbaik,” kata bekas pemain Selangor, Pahang dan Terengganu itu lagi.

Sementara itu, Fazzrudin percaya kehadiran Joseph akan membawa aura positif dan mentaliti kemenangan kepada pasukan itu pada musim ini.

Malah, beliau yakin pengalaman dimiliki pemain itu akan menyuntik semangat rakan sepasukan lain terutama pemain muda.

“Saya telah menerangkan kepada beliau tentang falsafah dan budaya Kuching FA.

“Saya yakin pengalamannya selari dengan falsafah dan budaya kita dan mampu meningkatkan lagi pasukan kita,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu.

Setakat ini, Kuching FA telah menyenaraikan seramai 21 pemain untuk menghadapi saingan Liga M3 2019 dijadual bermula pada awal Mac depan.

Selain Joseph, pasukan itu juga diperkuatkan lima bekas pemain Sarawak pada musim lepas iaitu Mohammad Hafiz Saperi, Mazwandi Zakeria, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Rames Lain Ban Huat dan Mohd Hairol Mokhtar. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7604

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5250

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news