Maut selepas 15 jam bertarung nyawa 0 7893

SIBU: Setelah bertarung nyawa lebih 15 jam, seorang remaja lelaki yang cedera parah selepas merempuh belakang lori simen di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini pagi semalam, menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar dikenali sebagai Mohd Syafiq Safery, 18, dan berasal dari Kampung Berlipat Baru, Jalan Punang di Lawas.

“Mangsa yang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan parah di kepala telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu pada pukul 10.45 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi semalam, mangsa dipercayai hilang kawalan ke atas motosikal ditunggang lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori simen yang sedang bergerak dari arah Jalan Lanang menuju ke Jalan Ulu Sungai Merah.

Mangsa dikatakan tercampak daripada motosikalnya yang juga tersangkut di bahagian bawah belakang lori tersebut.

Mangsa yang didapati tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kemudian dihantar oleh ambulans ke unit kecemasan Hospital Sibu.”Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news