Mayat Haikal ditemui tanpa kepala, tangan dan kaki pagi tadi 0 3358

BETONG: Sebahagian anggota badan mangsa serangan buaya di Sungai Dit, berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia diserang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa ditemui tanpa kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki sekitar jam 10.45 pagi tadi di satu kawasan tanjung berdekatan Kampung Buda, di Debak.

“Mayat mangsa kemudian dinaikkan ke darat sebelum diserahkan kepada Klinik Kesihatan Debak untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum itu kata Ling Hii, operasi SAR yang memasuki hari ketiga bermula jam 8.15 pagi tadi dengan melibatkan tujuh anggota bomba, anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam dan puluhan penduduk kampung.

“Pencarian dilakukan secara “water surface searching” dengan radius pencarian sekitar 3km dari Kampung Buda ke Pekan Debak menyusuri sungai di mana lokasi tumpuan adalah di lapan alur sungai.

Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang Rabu lalu, apabila mangsa yang dikenali sebagai Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13 tahun, sedang memancing ikan di tebing sungai berkenaan.

Menurut bapa saudaranya yang menyaksikan kejadian, seekor buaya besar secara tiba-tiba menyambar mangsa, dan mengheretnya ke tengah sungai.

Sejurus berita tersebut tersebar, penduduk kampung keluar mencari mangsa namun gagal.

Malah penduduk kampung keluar seawal jam 4 pagi semalam, namun hanya menemui baju yang dipakainya.

Bapa mangsa, Abang Suip Abang Ali, 52 tahun berkata, arwah merupakan anak bongsu daripada lapan beradik dan merupakan seorang yang baik dan serta periang.

Pada pagi sebelum kejadian itu katanya, mangsa sempat pergi ke rumah datuknya untuk bermain dengan sepupunya.

“Tiada sebarang petanda pelik dan saya tidak menyangka ia adalah hari terakhir  saya melihatnya.

Menurutnya lagi, rakan yang bersama-sama mangsa ketika itu memberitahu buaya berkenaan  terlebih dahulu menyambar kaki kiri anaknya sebelum mengheretnya  ke dalam sungai.

“Saya berterima kasih kepada semua yang datang untuk membantu mencarinya,” ujarnya lagi. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 7259

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 5060

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link