Mayat lelaki dalam keadaan berulat dijumpai di Padawan 0 6358

MAYAT lelaki yang sudah berulat ditemui berhampiran jambatan Sekolah Kebangsaan Kambug, di Padawan, jam 7.10 malam semalam.

Mayat tanpa identiti itu ditemui penduduk kampung, yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, sebaik menerima maklumat, polis bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, lelaki itu berseluar hitam, berbaju coklat lengan panjang bercorak belang, namun tidak berkasut.

“Polis turut menemui satu beg plastik dekat telinga lelaki itu, namun polis tidak dapat memastikan kandungan di dalamnya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Aidil berkata, lokasi mayat ditemui hanya tujuh kilometer dari sempadan Sarawak – Kalimantan Barat di Indonesia.

Tambahnya, berdasarkan maklumat diterima daripada pemimpin di kampung berkenaan, tiada penduduk yang dilaporkan hilang dalam tempoh beberapa hari lalu.

Katanya, mayat kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk bedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh,” katanya. -Harian Metro Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news