Mayat lelaki OKU disambar buaya ditemukan 0 5702

LAWAS: Mayat lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang disambar buaya ketikamengambil air di Kampung Baru Seberang Mission, di sini, semalam dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Efendy Panil, 45,ditemukan pada pukul 6.40 pagi. Difahamkan, anggota badan mangsa masih dalam keadaan sempurna meskipun terdapat kesan calar di muka dan bahu kanan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pasukan bomba yang membuat pencarian sekitar permukaan sungai menemukan mangsa pada jarak 600 meter dari lokasi terakhirnya kelihatan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah, operasi SAR ditamatkan serta merta dengan penemuan tersebut.

Dalam kejadian tengah hari semalam, mangsa dikatakan sedang mengambil airdi tebing sungai apabila disambar lalu ditarik buaya ke dalam sungai.

Anak saudara mangsa, Olifvia Sulai yang menyaksikan kejadian, bergegas memanggil adik untuk menghubungi emaknya bagi meminta bantuan.

Operasi itu yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Zaki Hussin, turut disertai oleh polis, AngkatanPertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13849

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8168

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news