Mayat mangsa bot karam di Sungai Baram berjaya ditemui 0 6606

Marudi: Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sungai selepas bot yang dinaiki mangsa karam semalam berjaya ditemui sekitar jam 6 pagi tadi.

Menurut info awal insiden bot karam tersebut berlaku selepas mangsa bersama isterinya balik dari mencari buah durian

Mangsa dan isterinya menaiki bot balik dan ketika dalam perjalanan bot telah terlanggar sebatang kayu hanyut dan menyebabkan bot karam.

Mangsa dikatakan hanyut dibawa arus manakala isterinya sempat berpaut pada kayu yang terapung.

Susulan daripada insiden operasi mencari dan menyelamat telah dibuat sejak semalam dan berterusan sehingga pagi tadi.

Mayat mangsa berjaya ditemui oleh pihak Penyelamat dalam radius 100m dari lokasi mangsa jatuh. Difahamkan Keadaan air sungai yang cetek dan berbatu menyukarkan operasi menyelamat serta pergerakan bot.

Setakat ini mayat yang dikenali sebati Lian Ngau telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13254

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12720

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news