Dua lelaki ditahan AADK Miri kerana miliki senapang patah, 22 butir peluru hidup dan dadah merbahaya 0 6978

MIRI: Dua lelaki ditahan oleh pihak AADK Miri kerana dipercayai memiliki selaras senapang patah dan 22 butir peluru hidup di sebuah rumah di Kampung Sepurau Sibuti semalam.

Menurut info awal, pihak AADK dikatakan telah melakukan serbuan keatas rumah suspek sekitar jam 12.45 malam setelah mendapat info rumah tersebut disyaki digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurit info lagi, pihak AADK telah menjumpai senapang patah dan 22 butir peluru hidup yang telah disorok di bawah tilam

Selain itu pihak AADK juga telah merampas satu pakei plastik dan satu bekas plastik lut sinar yang dipercayai mengandungi dadah.

Setakat ini kesemua kedua-dua suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13154

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12623

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news