PAKAN: Mayat seorang warga emas yang dipercayai terjatuh ke Sungai Julau di sinipada Jumaat, ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dikatakan terjatuh, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Julau, DSP Bidol Noyeng berkata, mayat mangsa Ukat Abon, 75, ditemui oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) terapung dan tersangkut di tebing sungai.
“Mayat mangsa telah ditemui pada jam 9 pagi oleh pasukan SAR yang terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan juga penduduk kampung.
“Hingga kini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak polis,” kata Bidol.Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut. -Utusan Borneo Online