Mayat warga emas terjatuh di Sungai Maong dijumpai awal pagi tadi 0 5843

KUCHING: Mayat seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai Sim Kay Liang berusia 66 tahun telah ditemui oleh oleh pihak bomba sekitar jam 1.07 pagi tadi.

Menurut info awal, mangsa dikatakan telah terjatuh dari jambatan berdekatan SJK Chung Hua No 6 sekitar jam 12.37 tengah malam.

Susulan daripada insiden pihak bomba telah dihubungi untuk mencari dan menyelamat mangsa.

Mayat mangsa difahamkan berjaya dijumpai tidak jauh dari lokasi mangsa terjatuh.
Setakat ini mayat telah pun dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13154

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12623

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news