Mbappe derma wang bonus Piala Dunia 0 3219

Kylian Mbappe (dua dari kanan) melayan penyokong Perancis dengan menurunkan tandatangan ketika meraikan kejayaan negara itu muncul juara Piala Dunia di depan Istana Presiden semalam. – AFP

PARIS 18 Julai – Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe ternyata bukan sahaja seorang pemain yang hebat di atas padang malah juga seorang yang budiman dan penyayang.

Ini dibuktikan apabila beliau sanggup menderma wang bonus kemenangan Perancis berjumlah 300,000 euro (RM1.42j) yang diperoleh setiap pemain negara itu hasil kejayaan muncul juara Piala Dunia 2018 di Rusia baru-baru ini.

Penyerang yang berjaya menjaringkan empat gol kesemuanya pada edisi ke-21 itu termasuk satu pada aksi final menyerahkan wang tersebut kepada sebuah persatuan berkaitan keperluan perubatan untuk kanak-kanak.

Malah Mbappe dikatakan sudah berniat lebih awal membuat keputusan untuk menderma itu jika Perancis berjaya mara ke suku akhir lagi. – Agensi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15402

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8419

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news