Jabatan Kastam diraja malaysia Sarawak rampas rokok dan minuman keras tidak sah di Limbang 0 4789

Limbang: Rokok dan minuman keras bernilai lebih RM170-ribu dengan nilai cukai sebanyak RM792,761. 10 berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam satu operasi di berhampiran dengan Pos Sempadan Kawalan Kastam Tedungan Limbang yang bertaraf CIQ.

Operasi berkenaan yang melibatkan anggota dari stesen Kastam Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas dilakukan selepas pihak JKDM  mendapat maklumat terdapat beberapa premis perniagaan di kawasan berkenaan yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras dan rokok yang tidak sah yang berstatus “Malaysian Duty Not Paid” atau cukai tidak berbayar.

Susalan itu satu operasi khas telah dilakukan dan  hasil sebuan ke atas 6 buah premis terlibat berjaya merampas besar minuman keras, bir dan rokok yang disyaki belum lulus kastam dan berstatus “Malaysian Duty Not Paid” atau Duti Kastam tidak berbayar.

Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia cawangan Sarawak, Datin Sharifah Halimah Tuanku Tahan dalam satu kenyataan memberitahu,  barangan berkenaan dibawa masuk ke negara ini menggunakan bot pancung dan ia bagi pasaran tempatan di sarawak dan penduduk Brunei yang datang ke kawasan berkenaan.

Katanya, Operasi berkenaan merupakan inisiatif JKDM dalam membenteras penyeludupan dan penjualan komoditi yang tidak sah di negara ini dan Tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang terlibat.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13506

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news