Membawa pembangunan , dan mempertahankan hak Sarawak janji Andrew Wong 0 5603

SIBU: Kerana terlalu dahaga pembangunan, saya akan terus membawa pembangunan kepada penduduk Sibu. Itulah janji dan manifesto Andrew Wong kepada penduduk Sibu .

Manifesto beliau sudah tertera di dalam rancangannya iaitu Rancangan Sibu Pertama(RS1). Rancangan ini telah dibuat sejak lama, dimana rancangan ini dibuat sebelum pemilihan nya sebagai Calon BN.

Intipati RS1 ialah membawa Sibu ke arah kemajuan dimana akan cuba menaikkan taraf Sibu sebagai Bandaraya. Disamping itu juga, RS1 juga menyajikan menaik taraf pusat pelancongan yang ada di Sibu dalam usaha menarik perhatian pelancong untuk berkunjung dan melawat Sibu.

Disamping itu juga, Andrew juga berjanji didalam manifestonya untuk mempertahankan hak Sarawak .Ia selaras dengan manifesto SUPP yang cuba mempertahan dan melindungi hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Pada 9 Mei kelak,Andrew akan menentang Oscar Ling daripada DAP, Simon daripada STAR, dan Jamie Tiew daripada SPP. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13523

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news