Mengapa Ahli Parlimen GPS tolak pindaan Perlembagaan? 0 6146

DEFINISI “Persekutuan” dalam Artikel 160 Perlembagaan Malaysia adalah salah & bertentengan dgn roh MA63, kerana bermaksud “Persekutuan “Malaya” BUKAN Malaysia”.

Inilah diantara sebabnya kenapa Para MP GPS TIDAK MAHU MENGUNDI atau ABSTAIN dari mengundi RUU Pindaan Perlembagaan semalam kerana definisi PERSEKUTUAN yang sedia ada dan salah itu harus dipinda sekali. Ia juga kerana RUU tersebut TIDAK memberi apa apa manafaat kerana iia langsung tidak menunjuk dan memperakukan kedudukan atau STATUS Sabah & Sarawak sebagai EQUAL PARTNER atau EQUAL PARTY kepada MA63.

Pendek kata RUU tersebut adalah tidak lengkap, terlalu mentah dan kosong tanpa isi stau intipati yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak dan Sabah sebenarnya.

Ia ada seperti “melepas batuk di tangga”, dan di buat atas dorongan nafsu politik PH. Maka ia boleh dianggap sebagai dan hanyalah satu helah politik semata-mata ( “a mere political ploy”) .

Jika RUU tersebut diluluskan pun ia tidak ada langsung membawa apa-apa makna atau manafaat disegi Equal partner Status dll.

Ia hanya menambah kekeliruan rakyat. Para MP GPS dan MP pembangkang yang lain .

Usaha Kerajaan PH dalam membentang RUU ini ternyata tidak telus, tidak tulus dan tidak ikhlas terhadap rakyat Sarawak & Sabah maka ianya tidak di undi oleh para MP GPS .

Untuk semakan mudah dibawah ini adalah definisi “Persekutuan” yang sedia ada dalam Perlembagaan Malaysia.

“Artikel 160: “ Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957;

Ia sepatutnya berbunyi : “Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “.

Kerana definisi salah ini masih tertera dalam Perlembagaan, maka RUU pindaan pada Artikel 1(2) menjadi tidak lengkap dan tidak bermakna dan seterusnya tidak disokong serta gagal mendapat 2/3 undi.

Dato’ Idris Buang
Information Chief
Pesaka Bumiputera Bersatu
Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news