Suri rumah dari Miri berputih mata, wang simpanan RM239,000 lesap 0 6195

MIRI: Gara-gara panik selepas didakwa terlibat dalam kes pengubahan wang haram, seorang suri rumah di bandar raya ini terpaksa berputih mata apabila wang simpanan sebanyak RM239,000 lesap begitu sahaja selepas diperdaya sindiket Macau Scam.

Mangsa, 40, menerima panggilan pada 4 April lalu daripada lelaki mendakwa diri pegawai Kastam yang mengatakan mangsa mempunyai hutang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM45,700 bagi sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa yang menafikan perkara tersebut kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang kononnya polis untuk menguruskan proses penyelesaian hutang GST berkenaan.

“Suspek juga memberitahu nama mangsa juga dikatakan terlibat dalam sindiket kes pengubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta.

“Mangsa yang panik telah diugut dan diberi pilihan sama ada menyerah diri atau membuat pindahan wang dalam akaun mangsa kepada akaun yang diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Mustafa Kamal berkata mangsa kemudian mengikuti arahan suspek yang mana dikehendaki membuka akaun bank baharu dan memindahkan wang mangsa sebanyak RM213,000 ke dalam akaun tersebut.

“Seterusnya mangsa mengeluarkan wang berjumlah RM26,000 daripada akaunnya dan kemudiannya memasukkan ke dalam akaun bank suspek.

“Mangsa juga memberikan log masuk perbankan internet dan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada suspek lalu suspek mengambil semua duit dalam akaun baharu itu,” jelasnya.

Mangsa menyedari diri ditipu oleh setelah telefon suspek tidak dapat lagi dihubungi. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news