Menteri Saudi sahkan ‘derma’ Najib akan jumpa Mahathir 0 6158

Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir, yang pada tahun 2016 pernah dilaporkan sebagai berkata dana berbilion ringgit yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah “sumbangan tulen” kini berada di negara ini untuk lawatan kerja tiga hari.

Beliau tiba sejak semalam, dan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Malaysia di Putrajaya esok.

Menurut Bernama yang memetik kenyataan Wisma Putra hari ini, Adel dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabat Perdana Menteri sebelum menamatkan lawatan beliau.

Beliau juga dijadual bertemu Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra.

Pada April 2016, Adel, semasa pertemuan dengan menteri luar ketika itu, Datuk Seri Anifah Aman di Istanbul, ditanya tentang wang berbilion ringgit yang berada di akaun bank peribadi Najib.

Najib secara konsisten menafikan bahawa wang itu diselewengkan dari 1MDB dan mendakwa bahawa ia adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Adel dilaporkan berkata: “Kami menyedari tentang derma itu dan ia sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara itu dengan teliti dan tidak menemui sebarang salah laku.

“Jadi, bagi kami, perkara itu telah ditutup”.

Berikutan itu, kerajaan BN berulang kali merujuk kepada kenyataan Adel dalam mempertahankan Najib.

BN digulingkan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. Ia tumbang selepas berkuasa selama 61 tahun sejak merdeka. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news