Mesej tular wabak penyakit tidak dipasti di Miri tidak tepat dan palsu – Pengarah Kesihatan 0 5748

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) sebentar tadi memaklumkan bahawa mesej tular mengenai berlakunya wabak penyakit tidak dipasti di Miri adalah tidak tepat.

Pengarahnya, Dr Jamilah Hashim berkata, hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit, didapati tiada peningkatan ketara sebarang penyakit berjangkit di bandar raya itu sejak sembilan bulan yang lalu.

“Meskipun begitu, pihak pengurusan Hospital Miri mengesahkan bahawa sememangnya terdapat sedikit peningkatan kemasukan pesakit ke wad di Hospital Miri sejak awal Februari 2018, terutamanya di Wad Kanak- Kanak.

“Tren seperti ini sememangnya dapat diperhatikan berlaku setiap tahun selepas musim perayaan atau keraian.

Namun begitu tegasnya, kemasukan tersebut adalah disebabkan oleh pelbagai penyakit dan bukan hanya disebabkan oleh sebarang penyakit berjangkit yang spesifik.

Mesej yang turut ditularkan adalah mengenai ‘Memo Dalaman Hospital Miri: Notis Segera Penangguhan Pembedahan Elektif bertarikh 7 Mac 2018.’

Menurut Pengarah Hospital Miri, notis ini dikeluarkan berikutan peningkatan kemasukan pesakit ke hospital tersebut secara keseluruhan, termasuk di Unit Penjagaan Rapi (ICU).

“Notis ini ditujukan kepada semua Ketua Jabatan di hospital tersebut dan bukannya kepada orang awam, dengan tujuan untuk tindakan menangguhkan buat sementara waktu kes pembedahan elektif (bukan pembedahan kecemasan).

“Ini bagi membantu menguruskan kes pesakit di wad dengan lebih efisien, berikutan beberapa kakitangan Dewan Bedah diminta membantu di wad.

Katanya, perkhidmatan hospital termasuk pembedahan, terutama bagi kes kecemasan adalah tidak terjejas dan masih diteruskan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak khuatir dan saya menyeru masyarakat khususnya netizen supaya berhenti menyebarkan berita-berita yang belum
disahkan kesahihannya kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya orang ramai ingin mendapatkan kepastian dan pengesahan ke atas mesej-mesej yang telah ditularkan, bolehlah menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre, JKNS di talian 082 443248.

Pihak JKNS dan Kementerian Kesihatan Malaysia katanya, akan memberi makluman lanjut kepada umum sekiranya terdapat sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini dari semasa ke semasa. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news