2 lelaki ditangkap polis kerana samun dan cabul pelayan di Sibu 0 5837

SIBU: Dua lelaki mempunyai rekod jenayah lampau ditahan kerana melakukan samun dan cabul terhadap seorang pelayan pusat hiburan di SibuJaya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley JonathanRinggit berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan25 tahun itu ditangkap secara berasingan antara jam 1.30 dan 1.50 petang di Sibu Jaya kelmarin.Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan curi.

Katanya, dalam kejadian jam 3 pagi Sabtu lalu,gadis berusia 18 tahun itu berjalan pulang kerumah sewanya di Sibu Jaya.“Ketika dia singgah membeli nilai tambah prabayar di sebuah kedai 24 jam, tiba-tiba mangsa dihampiri sebuah motosikal yang ditunggangi dua lelaki (suspek),” katanya.

Kedua-dua suspek kemudian dipercayai bertindak merampas beg tangannya yang mengandungi telefon bimbitnya, kad pengenalandan RM20.“Mangsa juga mendakwa dia juga dicabul kedua dua suspek,” katanya Menurut Stanley, pihaknya turut merampas sebuah motosikal yang digunakan kedua-dua suspek semasa melakukan jenayah tersebut dan sebuah telefon bimbit milik mangsa.

Difahamkan, siasatan awal pihak polis mendapati kedua-dua suspek mengakui melakukan samun dan mencabul mangsa.ACP Stanley berkata, kedua-duanya direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 395Kanun Keseksaan kerana melakukan samun danSeksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul- Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13405

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news