Messi rangkul anugerah Ballon d’Or kali ke-6, Van Dijk di tempat kedua 0 1494

LIONEL Messi dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or buat kali keenam menewaskan bintang Liverpool Virgil van Dijk.

Kemenangan Messi itu menyaksikan pemain antarabangsa Argentina ini mengetepikan pesaing terdekat Cristiano Ronaldo (Juventus) yang berada di tempat ketiga.

Messi dan Ronaldo sebelum ini mencatat rekod yang sama dengan lima trofi.

Messi,32, turut meraih anugerah tersebut pada tahun 2009,2010,2011, 2012 dan 2015 dan menjadi finalis lebih daripada sebelas kali berbanding dengan pemain lain.

“Saya sangat berbangga dengan semua orang di Barcelona dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada saya.

“Ini adalah hari yang sangat istimewa, begitu juga dengan anugerah ini yang bermakna dan saya sangat gembira.

“Kebenarannya adalah rutin tidak membenarkan saya untuk berhenti dan menikmati apa yang saya kecapi hari ini.

“Saya akan menikmati saat indah ini bersama keluarga dan selepas itu akan mula berfikir apa yang perlu dibuat, seperti yang biasa saya lakukan,” jelasnya.

Messi hadir bersama isterinya, Antonella Roccuzzo dan dua orang anaknya.

Manakala Ronaldo tidak hadir pada majlis tersebut. – Dailymail.co.uk

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nilai Luqman naik dua kali ganda 0 842

Nilai Luqman naik dua kali ganda

KUALA LUMPUR: Prestasi memberangsangkan Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk menyaksikan nilai pasarannya naik dua kali ganda.

Ia selepas laman Transfermarkt meletakkan nilai €150,000 (RM740,000) sebagai tanda harga baharu buat Luqman berbanding sebelum ini €50,000 (RM246,500).

Ketua Pegawai Operasi Exeliq Sports Management Sdn Bhd, Faidauz Azhar menjelaskan secara asasnya beberapa perkara terutama prestasi semasa menjadi antara faktor penentu terhadap nilai pasaran seseorang pemain.

Beliau berkata, walaupun kemampuannya masih belum terbukti sepenuhnya bersama skuad utama KV Kortrijk, kejayaan penyerang berusia 18 tahun itu yang lebih mesra disapa Luqie oleh rakan sepasukan memberikan impak kepada pasukan bawah 21 tahun (B-21) kelab dan aksi persahabatan juga diambil kira dalam penilaian dibuat Transfermarkt.

“Biasanya Transfermarkt mengemaskini nilai pasaran terbaru pemain setiap jendela perpindahan. Saya tak pasti bagaimana pengiraan nilai pasaran pemain itu dibuat, tapi prestasi pemain diambil kira dalam penilaian itu.

“Mungkin sebab dia (Luqman) menjaringkan gol semasa aksi persahabatan dan ketika bersama skuad B-21. Kita pun memang sudah jangka nilai dia akan naik selepas dia ikat kontrak dengan Kortrijk.

“Sebenarnya graf dia bagus, semalam kita jangka dia tak dapat main, tapi sebaliknya dia beraksi dan selepas itu hantaran dia memberikan penalti (kepada Kortrijk). Itu pun antara ‘point’ yang dia dapat, kerana nilai pemain ini macam pasaran saham,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Penyerang muda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama membuat penampilan dalam liga utama Belgium, Jupiler Pro League selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 ketika berdepan RSC Anderlecht.

Sebelum ini, Luqman sudah mempamerkan aksi yang memberangsangkan bersama skuad B-21 termasuk meledak gol kemenangan KV Kortrijk ketika menentang KFCO Beerschot Wilrijk dalam aksi Kumpulan 2 Liga Belgium B-21, minggu lalu.

Selain itu, Faidauz juga tidak menolak kemungkinan populariti yang Luqman bawa kepada kelab itu turut menjadi antara penyumbang kepada nilai pasarannya.

“Kalau kita lihat pengikut di media sosialnya dan kelab juga meningkat dan jika berjaya memberikan aksi lebih baik selepas ini, nilai pasarannya juga akan terus meningkat,” katanya. – Berita Harian

Spread the news

Kehadiran Peng Soon-Liu Ying di ABM suntik motivasi 0 886

Kehadiran Peng Soon-Liu Ying di ABM suntik motivasi

KUALA LUMPUR: Kehadiran beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) secara tidak langsung membantu barisan beregu campuran yang lain lebih bermotivasi.

Kelibat gandingan pingat perak Sukan Olimpik Rio ke ABM ketika tiada pertandingan boleh dianjurkan kerana dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini tentunya bakal menambahkan persaingan dan memberi daya impak yang lebih baik terhadap pemain negara yang lain.

“Sekarang ini latihan seperti biasa,” kata Tan Kian Meng yang berpasangan dengan Lai Pei Jing yang menyifatkan kehadiran gandingan itu menjadikan mereka lebih bermotivasi.

“Walaupun tiada pertandingan tetapi kami semua perlu kekal fokus. Kehadiran Peng Soon-Liu Ying pula memang bagus kerana kami akan lebih bermotivasi dengan latihan yang lebih berintensiti tinggi.”

Ketika ini, gandingan Kian Meng-Pei Jing berada di ranking ke-11 dunia dengan peluang ke Sukan Olimpik Tokyo masih cerah. Namun dengan ketiadaan sebarang pertandingan ketika ini, mereka akan terus memberikan tumpuan kepada latihan.

“Dengan keadaan sekarang ini, tiada apa-apa yang boleh diharapkan atau diminta daripada BAM kerana BAM pun sudah melakukan yang terbaik untuk semua pemain. Mungkin akan ada kejohanan dalaman pada bulan depan.

“Namun apa yang boleh dilakukan hari ini adalah sentiasa memotivasikan diri untuk kekal positif,” kata Kian Meng.

Sebelum ini, BAM bersetuju membenarkan Peng Soon-Liu Ying berlatih di ABM dengan syarat perlu mematuhi semua SOP ditetapkan termasuk melakukan ujian calitan COVID-19 dan menginap di asrama ABM di sepanjang tempoh latihan.

Selain Peng Soon-Liu Ying, BAM turut menjemput beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong untuk berlatih bersama. Bagaimanapun, Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann memberitahu V Shem-Wee Kiong menolak jemputan berkenaan. – Berita Harian

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link