Mexico malukan Jerman 1-0 0 5516

Mexico berjaya cipta kejutan dengan kemenangan ke atas Jerman

KUALA LUMPUR – Juara 2014, Jerman memulakan kempen edisi 2018 ini dengan langkah kiri apabila dimalukan pasukan bukan pilihan, Mexico 0-1 pada aksi pertama mereka dalam saingan Kumpulan F Kejohanan Piala Dunia 2018 FIFA di Stadium Luzhniki, Moscow, Rusia sebentar tadi.

Turun dengan status juara bertahan, Jerman jelas gagal menyerlah sepanjang babak pertama permainan apabila setiap serangan yang dilakukan dapat dipatahkan dengan mudah oleh benteng pertahanan Mexico.

Sebaliknya, Mexico yang berada di ranking ke-15 dunia menampilkan aksi yang lebih baik dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu Jerman sehingga memaksa penjaga golnya, Manuel Neuer bekerja keras menjaga gawangnya.

Bagaimanapun, usaha Mexico mula membuahkan hasil apabila pemain pertahanan Hirving Lozano naik ke atas dalam satu serangan balas yang pantas untuk meletakkan wakil benua Amerika itu di depan pada minit ke-35, sekali gus menggamamkan penyokong Jerman di seluruh dunia.

Tersentak dengan gol itu, Jerman yang membarisi hampir separuh daripada skuad yang menjuarai Piala Dunia di Brazil empat tahun lalu, mula melancarkan serangan bertali arus memburu gol penyamaan, namun nasib tidak memihak kepada  skuad ‘Die Mannschaft’ itu sehingga tamat babak pertama.

Babak kedua bersambung menyaksikan Mexico cuba memperlahankan tempo permainan  bagi merencatkan emosi Jerman yang kian terdesak memcari gol pertama mereka bagi edisi 2018 ini.

Namun, segala pergerakan yang dilancarkan Jerman tidak menjadi dan skuad yang tampil hebat di Brazil ini empat tahun lepas ini seakan-akan seperti hilang arah dan panduan di atas padang.

Kekalahan mengejut ini jelas merisaukan juara dunia empat kali itu yang dilihat bergelut menampilkan persembahan sebenar mereka meskipun memiliki barisan pemain bintang dunia, selain reputasi sebagai pasukan pilihan dan No.1 dunia.

Ia juga bakal memaksa Jerman untuk mencatat kemenangan dalam baki dua perlawanan peringkat kumpulan menentang Sweden, Ahad depan dan wakil Asia, Korea Selatan 27 Jun kemudian. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13365

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8123

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news