Minyak dan gas 100 peratus milik Sarawak – James Masing 0 6184

KUCHING:Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) khususnya dari Sarawak seharusnya menentukan jumlah bayaran dibuat oleh Petronas kepada Sarawak hasil daripada industri minyak dan gas bukan sebaliknya.

Beliau menegaskan minyak dan gas adalah 100 peratus aset Sarawak dan jelas harta Sarawak.

“Kenapa saya perlu bercakap mengenai peratusan royalti dan bayaran pendapatan minyak dan gas kepada Sarawak.“Minyak dan gas adalah aset Sarawak, harta Sarawak… Ahli Parlimen PH seharusnya menentukan berapa banyak Sarawak perlu berikan kepada Petronas bukan sebaliknya,” tegas beliau semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen pada sidang media pagi semalam.Masing yang juga Menteri Pembungan Infrastruktur dan Pengangkutan dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata PH Sarawak masih gagal memahami perkara itu dan gagal melindungi kepentingan Sarawak.

“Minyak dan gas adalah harta Sarawak! Kita yang memberi (pendapatan) kepada Petronas dan bukan Petronas memberi kepada kita!“PH gagal memahami perkara ini.

Ini adalah kegagalan mereka untuk melindungi kepentingan Sarawak,” tegasnya.Sementara itu Masing enggan mengulas jaminan Chong bahawa Sarawak dan Sabah akan mendapatkan 30 peratus daripada perbelanjaan pembangunan di bawah Bajet 2019 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen 2 November depan.

“Saya hanya akan memberi komen mengenai bajet persekutuan selepas ia dibentangkan kerana saya tidak mahu berbincang berdasarkan tanggapan sahaja,” ujarnya.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata agihan 30 peratus daripada perbelanjaan pembangunan negara kepada Sabah dan Sarawak di bawah Bajet 2019 itu adalah seperti dijanjikan dalam Manifesto PH.

“Malah, agihan 30 peratus ini juga merupakan yang terbesar berbanding bajet-bajet terdahulu ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 55 tahun,” katanya.

Tambahnya di bawah pemerintahan BN, Sabah dan Sarawak masing-masing hanya diperuntukkan 10 peratus hingga 13 peratus perbelanjaan pembangunan tahunan iaitu kurang daripada 25 peratus daripada keseluruhan bajet pembangunan negara.

Mengenai formula perkongsian pendapatan yang dicadangkan oleh PH sebelum ini iaitu untuk memberikan 20 peratus royalti minyak dan 50 peratus cukai pendapatan kepada Sarawak, Chong berkata cadangan formula ini telah ditolak oleh kerajaan negeri.

Susulan itu, kerajaan persekutuan PH telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai lapan wakil dari Semenanjung Malaysia dan lapan wakil dari Sabah dan Sarawak termasuk kedua-dua Ketua Menteri.

Sehingga Jawatankuasa Pemandu ini memperkenalkan cadangan baharu berhubung formula perkongsian pendapatan, Sarawak akan terus mendapat lima peratus royalti minyak dan gas dan agihan peruntukan pembangunan yang lebih besar. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news