Pemilik Leicester City sah maut nahas helikopter 0 5700

LEICESTER CITY: Jutawan pemilik Leicester City yang juga rakyat Thailand disahkan sebagai antara lima mangsa terbunuh dalam nahas helikopter di tempat letak kereta bersebelahan Stadium King Power, sejurus berlepas.

Sejumlah besar peminat yang sudah menjangkakan berita buruk itu meletakkan kalungan bunga, selendang bola dan melakukan upacara sembahyang mengikut agama Buddha di luar perkarangan sebagai memperingati mendiang Vichai Srivaddhanaprabha, lelaki bertanggungjawab untuk kemenangan kelab terbabit dalam kejuaraan Premier pada 2016.

“Dunia telah kehilangan seorang lelaki yang sangat hebat,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Leicester City adalah satu keluarga di bawah kepimpinan beliau. Sebagai sebuah keluarga, kami akan meratapi pemergian mendiang dan meneruskan wawasan kelab yang kini adalah legasi ditinggalkan mendiang,” kata kelab itu lagi.

Buku ucapan takziah akan diletakkan di stadium berkenaan bermula esok dan pasukan itu turut menangguhkan perlawanan menentang Southampton.

“Semua orang dalam kelab ini amat terharu dengan reaksi keluarga besar sukan bola sepak dan sokongan serta solidariti yang mereka berikan sangat dihargai pada waktu sukar ini,” kata kenyataan itu.

Polis menamakan empat mangsa lain sebagai Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare iaitu dua petugas Vichai, juruterbang Eric Swaffer dan penumpang Izabela Roza Lechowicz.

Vichai, 60, pemilik empayar bebas cukai King di Thailand sering kelihatan setiap kali perlawanan diadakan dan sering berulang-alik dari negara asalnya untuk menyaksikan kelabnya bermain

Beliau dan empat penumpang lain menaiki pesawat berwara biru itu dan berlepas dari tengah padang sejurus stadium itu kosong. usai perlawanan dengan West Ham yang berkesudahan dengan seri 1-1.

Saksi berkata, helikopter itu dilihat seolah-olah mengalami masalah teknikal di kipas belakang sejurus berlepas.

Foto menunjukkan bangkai pesawai terbabit dijilat api di tempat meletak kereta Stadium King Power, lokasi sambutan meraikan kejayaan Leicester City menjuarai Liga Premier dua tahun lalu. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12933

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news