Penjual kuih didakwa guna wang kertas palsu 0 5935

KUCHING: Gara-gara menggunakan wang kertas palsu untuk urusan jual beli barang, seorang peniaga kuih didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Chia Tee Fah, 52, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd@Mohd Yusoff apabila didakwa di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

Tertuduh dikatakan menerima wang bernilai RM20 yang disyaki palsu yang digunakan pelanggannya untuk urusan jual beli.

Beliau mendakwa, dia tidak mengetahui bahawa ia palsu.

Chia kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai di Jalan Nanas Barat pada jam 8.30 malam, 6 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya Nur Fadzlin Zulhasnan, manakala tertuduh diwakili peguam Lim Lian Kee.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan serta menetapkan 21 Mei depan sebagai tarikh pengurusan kes.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12982

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12362

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news