12.12. 2015 telah tercatat satu peristiwa yang cukup mengemparkan warga Sarawak apabila seorang Jururawat yang berasal dari Muar Johor dikatakan lemas. Walaupun sudah 2 tahun lebih peristiwa tersebut, namun ianya tetap menjadi satu misteri yang sukar diungkap dan dirungkai.
Seperti yang kita maklum misteri Kehilangan jururawat muda tersebut masih lagi belum terungkai sehingga kini.Mangs dikatakan lemas di Pasir Panjang, Santubong. Rentetan daripada itu operasi SAR mencari mangsa dijalankan oleh pihak penyelamat. Namun usaha mencari mangsa masih belum lagi menemui titik noktah, apabila mangsa masih gagal ditemui.
Sepanjang operasi SAR pencarian, pihak penyelamat telah menjumpai pakaian milik mangsa seperti baju, anak tudung dan pakaian dalam. Selain itu pihak penyelamat juga telah menjumpai organ yang berupa jantung, (kemungkinan organ binatang) di pesisir pantai sepanjang operasi pencarian.
Setelah berminggu-minggu mencari dan menggunakan perbagai kaedah, pihak penyelamat akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan operasi pencarian. Bapa mangsa akhirnya redha bahawa di Pasir Panjang lah kubur anaknya. Cuma dia berharap satu hari nanti jasad anaknya akan ditemui juga.
Setelah operasi SAR dihentikan, secara tiba-tiba operasi SAR mencari mangsa diteruskan hari ini dan ini pasti berita yang cukup menggembirakan terutama buat keluarga mangsa yang sememangnya berharap agar mangsa dapat ditemui.
Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian. Sebenarnya sepanjang operasi pencarian mangsa. Bukan saja pihak penyelamat yang turun padang mencari mangsa. Orang-orang kampung Pasir Panjang dan kampung berhampiran juga turut membantu disertai oleh beberapa orang ustaz. Kawasan pencarian tertumpu kepada gua-gua tidak jauh dari mangsa dikatakan lemas.
Menurut penduduk kampung, mereka percaya mangsa sebenarnya disembunyikan oleh jin. Sama ada disembunyikan di dalam gua atau di kawasan yang berhampiran. Kita manusia biasa tidak dapat melihat tempat mangsa disembunyikan walaupun mangsa hanya didepan mata. Sebab tempat mangsa disembunyikan sudah ditutup rapat oleh jin.
Untuk membukanya bukan perkara mudah. Mesti ada golongan yang penuh berilmu di dada bagi berkomunikasi dan berbincang dengan jin tersebut. Pernah berlaku ketika mencari, 2 orang ustaz ditampar oleh jin bila cuba melaungkan azan di tepi gua yang diberi nama gua layang-layang.
Apa-apa pun sama-samala kita berdoa agar mangsa dapat dijumpai satu hari nanti walau dalam apa saja keadaan. Mungkin disebalik kejadian ini ada hikmahnya dan misteri antara yang tersurat dan tersirat kerana sememangnya Pasir Panjang, Pasir Pandak dan Santubong menyimpan perbagai misteri yang belum dirungkai….