Misteri ‘kepala manusia’ di tebing Batang Lupar terjawab 0 6154

KUCHING: Polis Sarawak telah mengenal pasti kepala manusia yang ditemui di tebing Batang Lupar, Jalan Skait Lama, Sri Aman pada Sabtu lalu sebagai milik seorang warganegara China berusia 31 tahun.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev
 Kumar berkata, wanita terbabit telah berkahwin dengan seorang usahawan tempatan pada tahun 2011 dan menetap di Sri Aman.

 “Mereka kemudian dikurniakan dua orang anak.

 Pada jam 1.45 petang, Ahad lalu, seorang lelaki warga China telah membuat pengecaman bahawa kepala wanita itu milik anaknya. “Suami mangsa kemudian telah disoal siasat dan mendakwa isterinya telah hilang beberapa hari.

 “Dia bagaimanapun tidak membuat laporan polis atas alasan tertentu. Dev berkata, disebabkan keterangan suami mangsa berhubung kehilangan isterinya agak meragukan, pada petang yang sama, si suami yang berumur 42 tahun telah ditangkap untuk siasatan lanjut.

 “Kes yang sebelum ini dikategorikan sebagai ‘mati mengejut’ telah diklasifikasi semula sebagai ‘bunuh’ di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek katanya, telah direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan, dan pada hari ini, bedah siasat telah dijalankan ke atas kepala mangsa.

 “Kes masih disiasat dan usaha sedang dijalankan untuk mengumpul keterangan serta mengenal pasti identiti suspek yang terlibat,” katanya. Pada 3 Mac lalu, sekitar jam 4.30 petang, polis Sri Aman telah dimaklumkan oleh orang awam tentang penemuan satu objek dipercayai kepala manusia terdampar di tebing sungai.

 Pemeriksaan oleh pasukan polis di tempat kejadian mengesahkan bahawa objek tersebut adalah kepala seorang wanita, manakala pemeriksaan awal di Hospital Sri Aman mendapati wanita ini baharu mati dalam tempoh 24 jam dan berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

 Semakan seterusnya mendapati tidak ada laporan wanita hilang diterima di Sri Aman dan daerah-daerah berdekatan dalam tempoh beberapa hari sebelumnya. Polis akhirnya katanya, menerima maklumat tentang identiti mangsa tetapi ia masih belum dapat disahkan pada waktu itu tanpa sebarang pengecaman daripada waris. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news