Najib bakal dituduh tiga pertuduhan ubah wang haram hari ini 0 5556

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka didakwa dengan tiga lagi pertuduhan di  Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan penggubahan wang haram.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga pertuduhan itu membabitkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA)  yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Esok adalah sebutan semula kes tiga pertuduhan pecah amanah dan satu penyalahgunaan kuasa membabitkan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

Mengikut pertuduhan pertama, Najib sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan berjumlah RM42 juta apabila mengambil bahagian atau terbabit bagi pihak negara bagi memberikan jaminan kerajaan untuk pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 di pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh hukum Seksyen 24 akta sama.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula, beliau sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd., Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014.

Bagi kesalahan itu Najib didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, 
Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Bhd. Banggunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan antara 24 Disember hingga 29 Disember 2014.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pertuduhan keempat, Najib yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari hingga 2 Mac 2015.

Barisan pihak pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dan 11 Timbalan Pendakwa Raya.

Mereka ialah Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria; Manoj Kurup; Datuk Suhaimi Ibrahim; Datuk Umar Saifuddin Jaafar; Datuk Ishak Mohd. Yusoff; Donald Joseph Franklin; Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi; Budiman Lutfi Mohamed; Sulaiman Kho Kheng Fuei; Mohd. Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Pasukan peguam bela Najib pula Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah; Harvinderjit Singh; Datuk Raj Krishnan; Farhan Read; Rahmat Hazlan; Muhamad Farhan Muhamad Shafee dan Syahirah Hanapiah. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13560

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8158

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news