Najib banyak salurkan projek, BN Sarawak janji sumbang 28 kerusi Parlimen PRU14 – Abg Johari 0 5605

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri mengaku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa banyak projek pembangunan di Sarawak.

“Saya bukan mengampu, tetapi saya berkata perkara benar,” ujar beliau sambil membandingkan jasa Najib dengan mantan perdana menteri terdahulu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abang Johari berkata, kerjasama baik dengan Najib yang juga Pengerusi BN Pusat itu setakat ini memudahkan pelaksanaan semua projek di Sarawak.

Berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya Parlimen P.194 Petra Jaya di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, justeru menurut Abang Johari BN Sarawak akan memberi kemenangan besar kepada BN keseluruhannya.

BN Sarawak menurut Abang Johari mahu Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU14 nanti.

Abang Johari mengimbau bagaimana Sarawak menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) lepas, dan sedia memberi minimum 28 daripada 31 kerusi Parlimen kepada BN Pusat pada PRU14 nanti.

Abang Johari menyifatkan penentangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN Sarawak terhadap Mahathir yang berada di blok pembangkang bukan bersifat kepentingan peribadi, melainkan berdasarkan kepentingan rakyat dan negeri ini. –Sarawakvoice

Foto : Friends KLXpress Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news