Najib patutnya bercuti sambil fikir masa depan di luar negara 0 5563

Presiden BN Datuk Seri Najib Razak sepatutnya memikirkan mengenai masa depannya dalam politik sepanjang tempoh bercuti di luar negara.

Kata bekas perdana menteri itu beliau akan membua pertimbangan mengenai kedudukannya sebagai presiden Umno serta pengerusi BN.

Menurut Najib keputusan itu akan mengambil kira prestasi parti yang dipimpinnya yang gagal mendapat sokongan majoriti pengundi.

Beliau juga mengambil maklum pelbagai pandangan pemimpin dan anggota parti di semua peringkat mengenai kedudukan semasanya.

“Sebagai presiden Umno dan pengerusi BN, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Sebarang keputusan saya itu akan memastikan Umno dan BN sebagai parti yang paling banyak kerusi di parlimen terus kekal utuh agar dapat terus menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat,” katanya.

Menurut Najib keputusan yang akan diambil itu akan dimaklumkan apabila kembali ke Malaysia minggu depan.

Sepanjang tempoh ini saya memohon semua ahli Umno dan BN bertenang dan tabah serta terus menguatkan ikatan kita terutama dalam suasana politik yang mencabar ini.

Bagaimanapun dengan keputusan terkini Jabatan Imigresen Malaysia nampaknya Najib terpaksa menghabiskan masa di dalam negara saja.

Sebarang kemungkinan mengenai langkah lanjut beliau akan dipertimbangkan di Malaysia.

Belum dapat dipastikan di mana pula Najib akan menghabiskan masa percutiannya di negara ini.

Untuk rekod Jabatan Imigresen Malaysia melarang Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor meninggalkan Malaysia menjelang tengahari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia sebelum Najib menciap di Twitter untuk memaklumkan rancangannya bercuti di luar negara.

Ekoran pengumuman itu Najib berkata beliau menghormati arahan dikeluarkan kerajaan.

Justeru katanya beliau akan menghabiskan masa bersama keluarga di dalam negara saja. – MK

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13468

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news