Najib sedih kerajaan tak naik gaji penjawat awam 0 5540

KATA MP | Saya sedih dengan pengumuman Tun Mahathir bahawa kerajaan tidak akan menaikkan gaji penjawat awam dan menguatkuasa gaji minima pada masa terdekat.

Menurut beliau, kerajaan tidak mampu kerana adalah majikan terbesar dan menaikkan gaji minima akan memberi impak kepada kos operasi kerajaan.

Isu gaji penjawat awam yang dikaitkan dengan gaji minima adalah salah satu polisi utama yang menyebabkan Mahathir kurang senang dengan saya.

Mahathir telah berkata sebelum ini bahawa beliau dipaksa untuk keluar daripada persaraan untuk melawan saya kerana rakan-rakan perniagaannya tidak senang dengan keputusan polisi kerajaan saya.

Gaji minima merupakan salah satu polisi yang tidak disukai beliau dan rakan-rakannya.

Malah, Mahathir menulis mengenai ketidak puasan beliau dengan gaji minima di dalam blog Chedet pada 2 Mei 2012 di mana beliau menyatakan Malaysia sudahpun mempunyai gaji yang tinggi di ASEAN setelah Singapura dan menaikkan gaji minima akan menyababkan pelabur dan orang asing memindahkan kilang mereka keluar dari Malaysia.

GST lebih banyak kutip wang orang kaya

Pandangan saya ialah jurang pendapatan di Malaysia adalah tinggi dan kita tidak memerlukan kilang yang datang ke sini untuk mengeksploitasi rakyat malaysia dengan gaji rendah.

Kalau mahu, mereka boleh pergi dan kita boleh menggantikan dengan industri dan pelabur yang menawarkan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Menaikkan gaji penjawat awam mendekati gaji sektor swasta dan menaikkan pendapatan rakyat adalah salah satu fokus utama kerajaan saya terdahulu. Ini adil.

Ini antara sebab polisi seperti GST dan gaji minima diperkenalkan

Di bawah GST, ahli perniagaaan kaya dan ekonomi gelap tidak lagi dapat mengelak dan melarikan diri dari cukai atau terlibat dalam pengeluaran kapital dari Malaysia secara haram seperti yang mereka lakaukan di bawa SST, sementara kami mengutip lebih banyak wang daripada orang kaya yang akan berbelanja lebih di bawah GST berbanding dengan orang miskin kerana terdapat banyak pengecualian.

Kerana itulah kutipan SST adalah kurang berbanding GST.

Ahli perniagaan elak cukai

Sekarang GST telah dihapuskan, orang kaya dan ahli perniagaan boleh mengelakkan cukai sekali lagi dan merekalah yang akan beroleh kelebihan utama.

Wang yang hilang kepada orang kaya ini tidak lagi boleh digunakan untuk menaikkan gaji penjawat awam dan membantu kumpulan B40.

Menaikkan gaji penjawat awam merupakan salah satu dari janji di bawah manifesto BN PRU14 dengan kajian gaji dijanjikan pada bulan Julai. Ini tidak lagi menjadi.

Penjawat awam yang paling terkesan bukan hanya kerana gaji masih tidak dinaikkan, tetapi dari segi pencen jangka hayat yang lebih rendah apabila mereka bersara.

Saya harap β€œMalaysia Baharu” ini bukan hanya untuk yang kaya dan golongan peniaga sahaja.

DATUK SERI NAJIB RAZAK ialah Anggota Parlimen Pekan serta bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13463

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8143

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news