Satu laporan polis telah dibuat oleh Ahli Parlimen Batang Sadong sebentar tadi terhadap seorang pemilik akaun Facebook bernama Faizul Bin Ahmat yang telah membuat kenyataan palsu dan fitnah terhadapnya.
Laporan yang telah dibuat oleh Nancy untuk menafikan kenyataan yang dibuat pemilik akaun Facebook tersebut dan supaya polis dapat membuat siasatan serta mengambil tindakan ke atas pemilik akaun Facebook berkenaan sekali gus menghentikan penyebaran maklumat seperti ini daripada berlaku lagi – Kamek Miak Sarawa