Nga, Chong tak jadi menteri: Pemuda DAP selar Dr M 0 3136

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini menyelar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa tidak mengendahkan senarai calon menteri yang dikemukakan oleh parti itu.

Ketuanya, Wong Kah Woh, berkata tindakan Dr Mahathir amat tidak patut dan tidak menghormati cadangan pimpinan parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Tindakan perdana menteri amat tidak patut kerana pengaturan senarai kabinet tidak mengikut bilangan kerusi dimenangi sesebuah parti, malah keputusan sedemikian juga tidak menghormati cadangan pimpinan parti seperjuangan.

“Dalam senarai Kabinet, beberapa calon yang dicadangkan oleh DAP termasuk Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming digugurkan.

β€œDAP hanya memperoleh enam jawatan menteri walaupun menang 42 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DAP menguasai 34.71 peratus daripada kerusi parlimen kerajaan, tetapi hanya diperuntukkan cuma 21.43 peratus jawatan kabinet.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketika berkempen pada PRU14 mengumumkan bahawa Nga dan Chong akan dilantik menjadi menteri jika HARAPAN menawan Putrajaya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyenaraikan Nga dalam kabinet barunya, manakala Chong yang juga pengerusi HARAPAN Sarawak hanya diberikan jawatan timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Mengulas lanjut, Wong berkata, Pemuda DAP bukan berniat mahu merebut jawatan, sebaliknya bagi menghormati hasrat rakyat serta mempertahankan maruah parti bagi mengelak sesebuah parti terlalu berkuasa dalam HARAPAN.

“Walaupun HARAPAN memberi kuasa muktamad kepada perdana menteri untuk menentukan senarai kabinet, perdana menteri haruslah mendengar suara dan pandangan rakan seperjuangan dalam pelantikan itu dan bukannya bertindak dengan sebaliknya.

“Kini cadangan yang dikemukakan DAP diketepikan.

β€œJika setiausaha agung DAP juga ditolak pelantikannya atas mana-mana sebab pada satu hari nanti, adakah DAP tetap akan dipaksa menerima keputusan sebegini?” soalnya.

 

Selain itu, Wong berkata, Dr Mahathir perlu banyak mendengar suara serta hasrat parti seperjuangan kerana Kabinet baharu akan menentukan hala tuju negara.

“Pelantikan berdasarkan kelayakan dan pengalaman adalah penting dalam mengukuhkan asas dan meningkatkan kualiti pentadbiran kerajaan baharu.

“Ia secara keseluruhannya turut berkemampuan untuk menggabungkan segala tenaga dan minda rakyat demi membina sebuah Malaysia yang baru,” katanya.

Jika mengambil kira jumlah anggota parlimen setiap parti komponen, BERSATU dan AMANAH paling tinggi peratusan wakil dalam kedudukan menteri dan timbalan menteri.

BERSATU mempunyai 13 anggota parlimen manakala AMANAH sebelas, dan 12 dan 10 daripadanya menjadi menteri atau timbalan menteri.

Bagi WARISAN, lima daripada lapan orang anggota parlimennya dilantik sama ada sebagai menteri atau timbalan menteri. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15315

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8406

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news