NUR Alert: Polis mohon bantuan kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara 0 6631

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya Nur Alert bagi mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Bintulu, Sarawak.

Kanak-kanak berkenaan, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah, 6, kali terakhir dilihat di Kampung Baru Laut, di sini, memakai baju ungu dengan seluar pendek merah.

Laporan kehilangannya dibuat pada Sabtu.

Puteri Nurardiana Damia Qaisara berketinggian 120cm dengan berat 18kg, berkulit cerah dengan rambut lurus paras bahu, menurut kenyataan PDRM.

NUR ALERT: HEBAHAN KANAK-KANAK HILANGMohon bantuan untuk kongsikan posting ini. Bantu kami kesan adik Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah.#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#PDRM#RMP#NurAlert

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Sunday, September 29, 2019

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Insp Diana di talian 019-6369984 atau IPD Bintulu di +6086-318304. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news