Operator kantin disyaki rogol pekerja ditahan polis di Sibu 0 5542

SIBU: Seorang operator kantin ditahan kerana disyaki merogol seorang pekerja sendiri iaitu wanita warganegara Indonesia berulang kali di sini, pagi semalam.

Lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan melakukan kesalahan tersebut hampir setiap hari sejak November 2016.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak ditahan di rumahnya di Jalan Kandis berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh mangsa, 20 tahun pada jam 11 ​​pagi semalam.

“Kali terakhir suspek melakukan perbuatan itu (rogol) adalah pada awal bulan Mac lalu,” katanya ketika diminta mengulas kejadian itu, hari ini.

Difahamkan, mangsa telah bekerja dengan suspek sejak Oktober 2016 dan tinggal di rumah suspek bersama pekerja lain.Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13191

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news