Orang awam gagalkan cubaan lelaki ragut wanita 0 6259

KUCHING: Padah diterima seorang lelaki apabila cubaannya meragut dompet seorang wanita gagal selepas berjaya ditangkap orang awam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu bahawa kejadian itu berlaku di Jalan Semarak di sini.

Menurutnya, jeritan mangsa yang juga penjual nasi ayam penyet, berjaya menarik perhatian orang ramai yang kemudian bertindak mengejar suspek dalam kejadian sekitar jam 9 pagi itu.

“Mangsa menjerit meminta pertolongan dan suspek berjaya ditangkap orang awam di sekitar kawasan tersebut ketika cuba melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Suspek yang berusia 29 tahun itu, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh mangsa,” katanya.Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda.

Sementara dalam kejadian berasingan, dua lelaki berusia 20 dan 40 tahun berjaya ditangkap Pasukan Ronda Balai Polis Gita bersama Biro Keselamatan Kampung Semariang Batu awal pagi kelmarin (Isnin).

Menurut Ng, kedua-dua suspek ditahan selepas dilihat mencurigakan dan hasil siasatan mendapati motosikal yang ditunggang suspek adalah motosikal curi yang dilaporkan hilang pada November 2016 di Petra Jaya.

“Siasatan awal mengesyaki motosikal tersebut digunakan suspek untuk ‘mengutip’ besi buruk,” jelasnya.

Kedua-dua suspek bersama motosikal tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun polis masih berusaha mengesan dua lagi rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

“Kita mohon kepada masyarakat agar beri kerjasama dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui tentang dua lagi suspek ini,” kata Ng. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news