Orang Sabah dan Sarawak semuanya BOSS 0 4297

Tahukah anda bahasa di Sabah dan Sarawak itu unik. Tidak kira anda siapa. Kaya atau miskin, semuanya “BOSS”.

Lain tempat lain belalang dan lain tempat lain bahasanya. Itulah yang dirumuskan kepada Sabah dan Sarawak. Di Sabah contohnya penggunaan perkataan “Bossku” adalah perkara biasa dan ia merupakan satu penghormatan tak kira apa pun status anda.

Manakala di Sarawak, penggunaan perkataan BOSS juga ada digunakan. Contohnya

1. Apa khabar dirik tek BOSS
2. Nang steady kitak BOSS
3. Sine kitak nyabong manok tek BOSS?

Selain daripada penggunaan perkataan BOSS, antara perkataan lain yang cukup popular  digunakan adalah “POK”

Contoh penggunaan perkataan

1. Pa nama kata ko ya POK?
2 Gik idup duhal ko POK, ingat dah mati…
3. Yarabi… Nang medes ompuan ya POK

#SabahSarawakItuUnik
#ILoveBorneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8132

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news