Pakar dakwa temui lokasi pesawat MH370 terhempas 0 5794

Pakar dakwa temui lokasi pesawat MH370 terhempas

WASHINGTON: Pakar penerbangan mendakwa sudah menemui lokasi nahas pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan kru pada Mac 2014.

Menurut laporan akhbar Daily Mail, seorang jurutera, Victor Ianello, bersama pasukannya yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), mengumumkan penemuan itu awal minggu lalu, sekali gus memberi harapan baharu selepas kira-kira enam tahun.

Ianello memaklumkan, pasukannya yakin pesawat Boeing 777 itu terhempas dan tenggelam di Lautan Hindi berhampiran koordinat S34.2342 dan E93.7875, kira-kira 2,070 kilometer (km) di luar pesisiran pantai Perth di Australia Barat.

“Bangkai pesawat terbabit berkemungkinan besar berada dalam lingkungan 100 batu nautika dari koordinat berkenaan.

“Justeru, wujud peluang yang baik untuk menemuinya jika carian dasar laut dilakukan segera,” katanya yang dipetik laman sesawang berita penerbangan, AirLive.

Beliau sebelum ini turut membantu pegawai Australia melakukan operasi carian MH370, percaya pesawat terbabit terbang sejauh 4,340 km melepasi Indonesia sebelum nahas itu berlaku.

Sebelum ini, dua misi carian dasar laut dilakukan berdekatan kawasan perairan terbabit, namun tidak menemui sebarang serpihan pesawat atau bukti berkaitan, dengan carian terakhir dilakukan pada 2018.

Sementara itu, seorang lagi pakar penerbangan, Byron Bailey, mendakwa operasi carian terdahulu dilakukan di lokasi yang salah dan mereka sepatutnya menumpukan pencarian di selatan Lautan Hindi.

Beliau juga yakin kawasan carian dilakukan sebelum ini hanya tersasar dalam lingkungan 30 kilometer dari lokasi sebenar bangkai pesawat tersebut dipercayai berada.

“Saya berani bertaruh apa saja bahawa pesawat itu berada dalam lingkungan radius yang kami dapati selepas melakukan siasatan,” katanya.

Sebelum ini, usaha besar-besaran mencari pesawat terbabit selama empat tahun menemui jalan buntu walaupun lebih AS$200 juta (RM831 juta) dibelanjakan bagi melakukan carian meliputi kawasan seluas 120,000 meter persegi.

Pelbagai spekulasi menyelubungi kehilangan MH370 yang dianggap antara misteri terbesar dunia penerbangan, antaranya termasuk teori konspirasi ia sengaja dijatuhkan, dirampas dan ditembak jatuh. – AGENSI – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news