Kanak-kanak lelaki maut terjatuh tingkat 15 0 5508

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh tingkat 15

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 15, Flat Ladang Gemilang Satu, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, yang bersendirian di rumahnya dikatakan tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu rumah berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa keluar ke kedai berhampiran manakala mangsa ketika itu dikatakan sedang tidur, manakala bapa mangsa pula dikatakan sedang bekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk bedah siasat.

“Kita masih menjalankan siasatan bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya.

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Siti Mafatehah Alias, 29, ketika kejadian dia sedang tidur di rumahnya di tingkat empat sebelum terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh.

“Pada mulanya saya ingat sampah yang jatuh, namun selepas diberitahu anak ada kanak-kanak terjatuh, saya kemudian melihat ke bawah.

“Memang terkejut kerana saya kenal dengan mangsa kerana dia pernah membeli di kedai saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12980

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12260

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news