Pakatan Harapan teruskan projek Lebuh Raya Pan Borneo 0 5732

KUCHING:Projek mega Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak akan tetap diteruskan, jamin Pengerusi Pakatan Harapan Negeri, Chong Chieng Jen sebentar tadi. 

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan tidak berhalangan dengan projek rakyat tersebut namun perlu melalui proses audit. 

“Proses audit ini bertujuan mengkaji semula kos pembinaannya dan akan menjadi sebahagian daripada prosedur yang akan dilaksanakan. 

“Seperti juga projek-projek Barisan Nasional yang lain, kami akan meneliti semula kontraktor yang dilantik bagi mengelak berlakunya kelewatan dalam kerja-kerja menyiapkan projek. 

Tegasnya, setiap sen yang diperuntukkan untuk projek ini perlu digunakan sepenuhnya kerana ia adalah hak rakyat.

“Kerana itu kami mahu ia dilaksanakan teliti, agar kontraktor dibayar pada harga kontrak dan tidak dimasukkan ke dalam poket peribadi kroni,” katanya pada sidang media di Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini. 

Projek Lebuh Raya Pan Borneo dilaksanakan menerusi 11 pakej di Sarawak oleh Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM16.49 bilion. –Sarawakvoice 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news