Pandang langit malam ini, saksikan fenomena Super Blue Blood-Moon 0 5923

KUCHING: Malam ini, 31 Januari berlaku tiga fenomena serentak pada bulan; Supermoon, Bluemoon dan Bloodmoon dikenali sebagai “Super Blue Blood-Moon”.

Fenomena ini berlaku kali terakhir 152 tahun lalu iaitu pada 31 Mac 1866.

Menurut kenyataan dikeluarkan Planetarium Negara, di Sarawak dan Sabah, fenomena ini dapat disaksikan bermula selepas bulan terbit.

Fenomena gerhana bulan ini mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula pada 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam.

Foto Cosmicloti

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam kenyataannya berkata gerhana bulan penuh pada 31 Januari ini berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara.

Fenomena Supermoon berlaku berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami fasa penuh menyebabkan saiz bulan kelihatan lebih besar daripada biasa.

Sementara fenomena Bluemoon pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan penuh yang

Umumnya gerhana bulan juga dikenali sebagai Bloodmoon kerana warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi.

Sekiranya cuaca mengizinkan, antara lokasi ideal bagi menyaksikan fenomena yang amat jarang berlaku ini ialah kawasan tepi pantai yang menghadap laut di sebelah timurnya, kawasan puncak bukit, tanah tinggi, di atas bangunan tinggi atau mana-mana kedudukan yang tiada halangan pandangan ke arah ufuk dan langit di sebelah timur.

Sempena fenomena ini, Planetarium Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh “Super Blue Blood-Moon” malam ini bermula 7-12 malam di hadapan pintu masuk Planetarium Negara.

Sementara, Observatori Negara Langkawi turut mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam menyaksikan fenomena berkenaan dengan menyediakan beberapa  teleskop mudah alih kepada pengunjung.

Lokasi boleh dikunjungi untuk aktiviti pencerapan ialah di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Lokasi lain ialah Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza), Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory) dan Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15389

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news