Pandelela raih slot kedua ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 0 6215

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Pandelela Rinong meraih slot kedua ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo menerusi acara 10 meter (m) platform individu selepas mara ke final Kejohanan Terjun Dunia ke-18 di Gwangju, Korea Selatan pada Selasa.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 26 tahun itu menduduki tangga kesembilan daripada 18 peserta pada peringkat separuh akhir selepas menamatkan lima pusingan terjun dengan jumlah 312.70 mata.

Pandelela meraih 63.00 mata pada terjunan pertama diikuti 60.90 mata pada terjunan kedua untuk menduduki tempat ke-11 tetapi melonjak ke tangga kelapan dengan 64.00 mata dalam terjun ketiga, tetapi tercicir ke tempat kesembilan selepas terjunan keempat dan kelima.

Dua belas individu teratas mara ke final dan secara automatik layak ke Sukan Olimpik.

Penerjun dari China, Chen Yuxi dan Lu Wei menduduki tempat pertama dan kedua dengan catatan, masing-masing 407.95 mata dan 370.85 mata diikuti dua penerjun dari Kanada Caeli Mckay (356.70) dan Meaghan Benfeito (340.60).

Individu lain yang juga layak ke final ialah Noemi Batki (Itali), Melissa Wu (Australia), Lois Toulson (Great Britain), Delaney Schnell, Amelia Magana (Amerika Syarikat); Matsuri Arai (Jepun), Celine van Duijn (Belanda).

Semalam, Pandelela dan Leong Mun Yee meraih tiket pertama ke Olimpik selepas merangkul pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita dengan mengumpul 312.72 mata selepas melakukan lima pusingan terjunan.

Aksi itu memperbaiki pencapaian Pandelela dan Mun Yee kerana pasangan itu meraih pingat gangsa dalam acara yang sama dalam dua edisi sebelumnya — 2009 di Rome dan 2013 di Barcelona.

Untuk rekod, Pandelela juga merangkul pingat gangsa dalam acara 10m platform individu pada edisi 2015 di Kazan, dan juga dalam acara 10m platform seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada edisi 2017 di Budapest. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7777

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5392

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news