Panel tentukan penerima Bantuan Sara Hidup – Rais 0 7858

TAN Sri Dr Rais Yatim. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Panel khas wajar dibentuk bagi mengenal pasti golongan yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bekas Penasihat Sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini tidak patut dianggap sebagai rasuah untuk sokongan politik kepada pihak tertentu.

“Bantuan itu bukan rasuah dan saya tidak fikir (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad bermaksud begitu.

“Golongan tidak mampu dan tidak mempunyai pekerjaan kerana uzur atau dilanda musibah wajib menerima bantuan kerajaan.

“Bagaimanapun, saya bersetuju ia boleh dianggap rasuah untuk mendapatkan sokongan jika penerimanya adalah golongan cukup sifat dan mampu berdikari.

“Justeru, harus diwujudkan panel peneliti yang boleh menentukan penerima layak dengan secepat mungkin,” katanya selepas merasmikan Kongres Sejarah Malaysia 2018 di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Tan Sri Omar Mohd Hashim.

Rais berkata, dua pertiga daripada penerima BR1M sebelum ini menerusi peruntukan berjumlah RM8 bilion, berada dalam kategori tidak seharusnya mendapat bantuan berkenaan.

Malaysia, katanya, tidak perlu menjadi negara kebajikan seperti United Kingdom yang banyak dibolosi penipuan.

Pada masa sama, beliau berkata, Dr Mahathir mahu menggalakkan rakyat bekerja sebelum menikmati upah.

“Kalau kita terus memberi, ia menyebabkan rakyat malas bekerja dan amalan itu tidak bagus.

“BR1M harus diberi kepada mereka yang berusia lanjut dan mempunyai kriteria tertentu,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news