Panik akibat tersedak susu pengasuh sumbat bayi dalam peti ais 0 3671

GOMBAK: Dua pengasuh yang juga suspek utama kes kematian bayi berusia lima bulan, Adam Raykal Mohd Sufi Naeif, dipercayai panik selepas mangsa tersedak susu.

Pengasuh berusia 33 dan 36 tahun itu kemudian dipercayai bertindak membalut Adam dengan kain lampin sebelum memasukkannya dalam beg kitar semula berwarna hijau.

Suspek kemudian bertindak menyembunyikan mayat bayi berkenaan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah mereka.

Sumber berkata, kerana panik, suspek juga membuat cerita rekaan dengan memaklumkan kepada ibu bayi itu kononnya mangsa sudah diambil seorang lelaki berbaju putih yang dikatakan bapanya.

“Suspek terbabit berkemungkinan khuatir sehingga terpaksa mereka cerita mengenai Adam yang sudah diserahkan kepada seorang lelaki.

“Susulan itu, ibu bapa bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis sebelum pemeriksaan dijalankan di rumah pengasuh,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi membolehkan pihak polis mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dari semua sudut.

“Polis juga sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian Adam sama ada akibat tersedak susu atau wujud unsur perbuatan jenayah,” katanya.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dua pengasuh terbabit ditahan reman tujuh hari bermula hari ini–BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15279

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8402

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news